Krisis air di Selangor Projek_Langat_2

Kajian krisis air telah dibuat pada 1980-an dan mendapati Selangor kurang sumber air dan 50 % loji-loji sedia ada yang sudah lama. Ketika itu tidak ada lagi Putrajaya dan KLIA.Atas sebab itu, perlu lencongan bekalan air dari Pahang.Malah 129 buah kilang tidak dapat beroperasi ekoran tiada jaminan bekalan air oleh Syabas.[1]

Statistik rasmi Jabatan Perangkaan pada 2010, Selangor mempunyai penduduk seramai 5.4 juta, KL 1.6 juta dan Putrajaya 72,413 orang. Urbanisasi di Selangor pada kadar 91.4 %, sementara KL dan Putrajaya 100 %. Apabila Langat 2 siap, ia mampu merawat 1.89 bilion liter air mentah untuk pengguna domestik dan industri.

Pada 23 Julai 2012, air di 7 empangan di Selangor mencukupi dan tidak perlu catuan air menyeluruh. Pada April 2012, SSyabas mahu catuan air di Kuala Lumpur, Hulu Langat .Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ruslan Hassan memaklumkan Syabas menungguh kelulusan catuan air daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).[2]

Terdapat 32 Loji Rawatan air (LRA) di Selangor yang diuruskan oleh syarikat swasta Syabas.Keadaan air terawat di Selangor telah sampai tahap optimum dan lebih kapasiti, ada loji yang bekerja 24 jam dan dibimbangi akan berlaku masalah lain.Pada bulan tertentu, baki air tinggal 1.8 peratus sahaja. Sesetengah tempat dikategorikan sebagai kawasan merah seperti Balakong dan Cheras. [3]